ALI NASI LEMAK DAUN PISANG,BEACH STREET
setiap kali aku pergi penang, aku akan pergi awal pagi supaya aku boleh makan nasi lemak ni. Nasi lemak ni dekat dengan jeti pangkalan raja tun uda. jalan kaki dalam 5-10 minit dari jeti.
nasi lemak pelbagai jenis lauk dengan harga RM 1.80 / sebungkus. ada lauk telur dgn ikan bilis macam yang aku ambik dan ada udang, sotong , ikan goreng dengan harga yang sama. sambal dia pedas (jangan mintak extra sambal ya, nanti menyesal pedas sangat sebab aku makan pedas) and dalam sambal ada rasa belacan. kedai ni terletak dekat depan foodcourt, dalam foodcourt semua kedai orang cina, aku tak pasti halal ke tidak kedai dekat dalam tu, cuma aku yakin nasi lemak ni halal sebab orang islam melayu yang buat. and kedai ni betul betul dekat depan main enterance foodcourt tu.
yang menarik nya dia punya bungkusan 100% guna daun pisang instead of kertas bungkus or bekas plastik, kalau guna daun pisang, nasi boleh tahan lebih lama dan aroma nasi lemak lagi wangi dari guna bungkusan lain.
details:
rate: 8.5/10
tahap kepedasan : 4/5
tahap kepedasan : 4/5
price: nasi lemak rm 1.80 sebungkus
alamat: Sri Weld Food Court, Beach Street, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
operation hour (google): isnin 7 a.m-4 p.m
selasa 7 a.m-4 p.m
rabu tutup (aku pernah pergi hari rabu & buka)
khamis 7 a.m-4 p.m
jumaat 7 a.m-4 p.m
sabtu 7 a.m-12 p.m
ahad tutup
.

Comments
Post a Comment