SAMOSA CENTER SEJAHTERA MUHIBBAH
adalah samosa yang sedap pernah aku makan sepanjang berada di Penang ni. Inti yang penuh dengan kentang dan isi ayam, lagi sedap makan panas panas. Serious tak cukup satu bila makan, korang kena beli banyak siap siap takut nanti menyesal. Untuk peminat samosa and kentang, korang wajib cuba samosa ni.
harga satu samosa adalah serendah rm 0.50 untuk samosa ubi
and aku beli samosa ayam harga rm 1.00
ni lah uncle yang buat samosa tu, dia sangatlah peramah walaupon aku first time datang sini.
TEMPAT: sebelah MYDIN, berdepan dengan PASAR CHOWRASTA dan BALAI POLIS. kalau nak senang waze, Pasar chowrasta and korang boleh lintas jalan dari situ. area situ, stall pakcik ni je yang jual samosa.
HARGA: SERENDAH RM 0.50 KE ATAS. pelbagai kuih lain yang ada selain samosa seperti cekodok piasang, cucur bawang vadey dan lain lain.


Comments
Post a Comment