Assalamualaikum,
macam yang saya bagitau yang nak share tempat best2 dan mur mur (murah) dekat (JAKARTA & BANDUNG). masa ni kitorg pergi bulan february/march 2016 (bukan 2017 tau!).
1) kitorang beli ticket 8 bulan sebelum travel (lebih murah dari beli last minute)
sebelum aku kongsi cerita ni, biar aku bagitahu awal! yang aku akan buat (point2 je). sebab badan tak berapa sihat dan tetap gagah nak taip . so here we go!
DAY 1
*AMARIS HOTEL PASAR BARU
Hari pertama dekat jakarta sangat sangattt mencabar! sebab kitorg dah beli ticket hotel (online). lepastu, bila nak check in, hotel tu kata "hotel for ladies only". bila check online dia tulis untuk family. so, kitorg cari hampir 5 hotel jugak lah sebab hotel hotel yang lain semua maximum 2 person per room, jadi hotel kelima kitorg "amaris" nasib baik dia kasi kitorg check in. kitorg amik 2 bilik. siap buffet. staf and facilities sangatt bagus (walaupun bukan 5 star hotel). siap buffet untuk breakfast lagi!
*MASJID ISTIQLAL
masjid terbesar dekat asia. siap ada parking bertingkat! before korang masuk masjid. diorg ada jual plastik utk letak kasut! antara korg nak beli atau tak, ikut sukahati korg lah. dia jual murah je. (kitorg tak beli sebab jimat-kitorg ramai tau- jadi org yg tak boleh sembahyang jaga kasut)
*SATE PAK SADI
dekat dengan area masjid!
DAY 2
* jakarta ke bandung naik kereta api(?)
mengambil masa 3 jam perjalanan. ticket murah gila , kitorg beli business. ada yang lagi mahal. dalam keretapi tu diorg ada jual jajan. kat sana dorg gelarkan *cemilan*. macam dekat kapal terbang pulak sebab dia bawak troli , ke hulu ke hilir.hehe~ banyak jugak lah kitorg habiskan duit dekat cemilan ni.
*HOTEL ARSALLYA
tempat mama and papa tinggal masa belajar *bekam* (alhamdulilah sekarang dah ada pusat rawatan sendiri di batu muda kuala lumpur .bekam al mehdi dan acupunture .) fasilities dan staf pon terbaik. dekat sini banyak kedai makan. kalau nak breakfast inform awal awal. nanti ada bu' tu masakkan 1 pinggan 1 portion (nasi goreng,2 cucuk satay, kuah kacang, dan keropok) dan teh o panas.
*BAKSO MALANG ENGGAL
kitorg pergi jalan kaki . tak jauh mana pon. makanan dia sedap and harga berpatutan. tempat ni femes, sampai beratur depan kedai.
*FEY'S LITTLE KITCHEN
have u try mochi aiskrim? kecik and mahal (rm 1.60) . hahaha makan pon sebab nak rasa. hehe
sedap memang sedap, cuma kecik kan, tak serupa dgn hargo, menangis sis huhuhhu
*CAFE ASIX TELAGA BODAS
dekat sini ada tempat gunting rambut dan jual pizza. sedap gila pizza dia, harga pon boleh tahan. kita boleh tgok dia uli doh tu and tgok dia bakar. sodap weiii!
DAY 3
*TAKUBAN PERAHU
about takuban perahu (maklumat tentang takuban perahu). ticket dia murah je utk local dan mahal sikit utk foreigner mcm kitorg ni, (tapi, yang beli ticket ni kawan papa, jadi dapat lah harga local).
kawasan dia memang cantik dan sejuk (siang 16 darjah celcius dan malam boleh sampai ke 2 darjah celcius je tau) sejuk tu.
*FLOATING MARKET BANDUNG
ticket masuk dia berpatutan (tak inagat) dan free air. lepastu, makanan dia MAHAL dan pelbagai. korg boleh la tour satu floating market ni, bestttt sangattt. kitorg tour sampai floating market tutup.hehehe sebab datang pon lambat,
DAY4
*SHOPPING MALL
*BAKER STREET BANDUNG
Tempat ni korg boleh join baking class. harga nak join kelas dia berpatutan sebab hand on dan kita boleh bawak balik a whole cake yang kita buat. best kan? private class pon ada tau.
p/s: aku habiskan masa dekat sini untuk sehari suntuk. lepas tu, family pergi shopping dekat area sini jugak. (the heritage apa entah, dan gallery hijabstory) gambar jakarta bandung 2016 .
DAY 5
*BORONG KAIN
harini kitorg borong kain utk baju raya. kain mur mur weyh!
tempat tak ingat, nanti aku edit balik ya
*GRAMEDIA
tempat jual buku, satu banggunan penuh dengan pelbagai buku. kat sini aku beli neck pillow (2 in 1 sebab boleh jadi teddy bear)
*balik jakarta
DAY 6
*SHOPPING MALL
shopping souvenier nak bawak balik kl.
*LOTTERIA
kedai makanan korea dekat jakarta
BALIK KL *malam*
(mana shopping mall yang aku taip shopping mall je akan aku edit bila tahu nama shoppig mall nya ya)
terima kasih, aku tak check pun kesalahan ejaan dan terus post sebab tak sabar, doakan aku cepat sihat ya!
Comments
Post a Comment