JAPANESE CLASS EXPERIENCE IN JAPANESE SCHOOL OF KUALA LUMPUR
sementara aku tunggu keputusan masuk ke universiti, aku rasa macam bosan duduk dekat rumah je, so, aku decide nak sambung belajar sementara (kira student part-time dalam 3 bulan centu). satu hari
aku rasa macam minat nak belajar bahasa jepun, sebab aku memang minat belajar bahasa and culture ni. kalau ada rezeki memang aku nak jadi student exchange program dekat mana mana negara. So, aku search dkt google kelas jepun dekat area kl ataupun mana mana kawasan yang ada public transport, so lebih mudah aku nak pergi balik memandangkan aku gagal ujian lesen memandu and aku takut nak repeat balik. hahaha~
google punya google.
aku jumpa satu laman web yang menawarkan kelas bahasa jepun iaitu jskl.edu . korang boleh je search laman web tu dekat google. and korang boleh tengok maklumat dengan lebih details, jskl (japanese school of kuala lumpur ni) memang menawarkan japanese language class setahun sekali, diorang memang amik time pertengahan tahun and limit student ada lah sebanyak 100 orang sahaja per intake. 8 kelas akan berlangsung setiap hari rabu selama 2/3 bulan dari pukul 6 petang sampai 7 petang. So, kalau korang berminat, masa hari pendaftaran korang kena datang awal sebab masa aku datang pukul 6 tepat, ramai dah start beratur and aku orang yang ke 63 which means hampir cecah limit 100 orang.
Yuran kelas adalah sebanyak RM 30 and bayar masa hari registeration. Yang lain semua free, takda caj tambahan yang akan dikenakan and make sure korang bawak pen and notebook time kelas and sensei akan bagi notes untuk korang buat revision. Transportation, aku pilih naik public transport ke japanese school of kuala lumpur sebab dia dekat dengan LRT Ara Damansara and dari situ korang boleh naik grab pergi ke japanese school tu. tambang tak sampai RM 10.
so far, review aku untuk japanese language ni 8/10. aku syok dapat belajar dengan sensei yang memang japanese ni, semua sporting. walaupon kitorg kurang paham, diorang akan ajar sampai kita betul-betul paham. aku suka semangat sensei ni nak mengajar and aku pon tak jemu nak belajar. and aku akan bagi 10/10 kalau masa pembelajaran lebih lama sebab best belajar dengan dorang ni, macam macam dorang akan bagitahu segala tips kalau nak pergi jepun, cara cakap, dialect dia. overall, memang style aku lah kiranya nak belajar baasa ni.

Comments
Post a Comment